Selamat datang ke KORIDOR SEJARAH. Koridor sejarah adalah inisiatif daripada guru cemerlang sejarah dari MGCM sebagai mekanisme perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam kalangan guru sejarah di Malaysia. Melalui koridor ini ruang maya dibuka untuk murid-murid dan guru-guru di luar sana untuk menghayati pembelajaran sejarah secara santai. Selari dengan gelombang globalisasi, pembelajaran maya ini menyediakan kepada anda gaya belajar dan mengajar yang interaktif. Kecintaan anda kepada negara dan kecemerlangan diri ada di jari anda. Jom bersama Koridor Sejarah kami ingin membantu anda walau di mana berada. Sejarah negara kita jati diri bangsa kita. Kami sayangkan Malaysia dan anda semua!
Team GCKL: masariahmispari@sejarahmgcm
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA
SELAMAT HARI GURU 2O12: GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
SUBJEK SEJARAH DIMARTABAT, WAJIB LULUS SPM2013, TAHNIAH UNTUK GURU-GURU SEJARAH
Sejarah wajib lulus 2013: 2010/10/24
KUALA LUMPUR: Sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata syarat wajib lulus itu seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat mendapat SPM.
Sambil beliau berkata, Sejarah ketika ini mata pelajaran teras pada peringkat sekolah menengah yang wajib diambil semua pelajar tetapi tidak wajib lulus.
“Kita kena beri masa sedikit bagi mengelakkan terkejut. Tempoh diperlukan untuk kita melatih guru dan menyediakan pelajar menghadapi sistem baru ini,” katanya ketika menggulung perbahasan, semalam.
Dalam konteks sama, Muhyiddin berkata, Sejarah dijadikan mata pelajaran teras mengikut KSSR mulai 2014, berbanding elemennya diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini.
Katanya, KSSR dilaksanakan dari Tahun Satu mulai tahun depan, diikuti Tahun Dua dan seterusnya sehingga lengkap satu pusingan pada 2016. “Kurikulum baru ini adalah penambahbaikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
KSSR akan memberi penekanan kepada pendekatan secara hands-on learning, di samping keupayaan berbahasa, pembelajaran berasaskan projek dan pelbagai jenis pembelajaran yang menyeronokkan,” katanya.
Muhyiddin berkata, kementerian juga bersetuju memulakan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah pada 2014 menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan dimansuhkan, iaitu dua tahun lebih awal berbanding perancangan asal.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2011
Kepada semua pendidik dan murid-murid .
Selamat Hari Raya. Semoga gembira dan bahagia bersama orang-orang tersayang. Sambutlah hari kemenangan ini dengan kesyukuran dan kenikmatan. Kepada calon PMR semoga anda semua tabah dan mampu membahagikan masa gembira dan ulangkaji anda. Cikgu doakan, anda semua cemerlang dalam peperiksaan nanti. Kepada yang memandu berhati-hati dijalan raya. Keprihatinan anda bermakna keselamatan anak-anak kita, ingat keluarga sedang menanti ketibaan kita. Kepada yang bukan muslim, selamat bercuti dan jom beraya bersama kami dengan semangat 1Malaysia. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir batin.
Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara 2011. 1Malaysia: Tranformasi berjaya rakyat sejahtera. Semoga negara kita terus maju, aman dan bangsa yang bersatu dengan semangat 1Malaysia. Perpaduan ini yang akan menjana tranformasi untuk menjadikan Malayasia dan warganya berbudaya minda kelas pertama. Tranformasi , inovasi dan kreativiti berterusan visi kita bersama.
Kepada guru-guru dan murid- berbangsa chinese , 新年快樂 dan SELAMAT TAHUN BARU 2011
Wish that the Chinese New Year of the rabbit brings peace, happiness and good. Kepada yang lain selamat bercuti dan gembira bersama keluarga.
SELAMAT TAHUN BARU 2010
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada guru-guru dan murid- murid cina, Gong Xi Fa Chai , semoga tahun ini membawa tuah dan kesejahteraan untuk semua. Kepada semua, selamat bercuti dan nikmatinya bersama keluarga tersayang.
Kepada Calon-Calon PMR Dan SPM 2009 Selamat menduduki Peperiksaan.
Bersama ini cikgu sisipkan tip-tip menjelang Peperiksaan. Doa Cikgu Semoga kalian berjaya cemerlang.
1. Semak jadual Peperksaan PMR/ SPM 2009
Semakan ini penting bagi merancang jadual belajar pecutan akhir. Ulangkaji hendaklah dirancang mengikut kertas peperiksaan yang yang akan diduduki terlebih dulu. Rancang dan bincang dengan guru dan ibu bapa supaya jadual terbaik dapat dihasilkan dengan mengambilkan keperluan semua mata pelajaran
2. Teruskan latihan sambil mengulangkaji
Teruskan latihan soalan model peperiksaan bagi setiap mata pelajaran. Cubamenjawab soalan-soalan percubaan peringkat negeri selain soalan peperiksaan sebenar. Semak jawapan dan kukuhkan penguasaan anda dengan membuat semakan dari buku teks atau buku ulangkaji di bahagian soalan yang gagal dijawab. Tindakan ini akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping memanjangkan hayat ingatan anda.
3. Ulangkaji semua
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Jangan sekali-kali belajar subjek atau sub-tajuk yang anda sukai sebaliknya merangkumi semua. Semua subjek adalah keutamaan anda.
4. Mengingat dan membuat perkaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda gunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali, membuat akronim, melakar, mengingat kata kunci dan membuat perkaitan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
a. Beberapa minggu sebelum peperiksaan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.di sekolah, rumah, dimana saja manfaatkan masa membaca nota ringkas.
b. Jaga kesihatan diri dan tidur yang mencukupi supaya sentiasa sihat, segar dan fokus ketika mengulangkaji dan menduduki peperiksaan.
c. Lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat,. Jangan lepaskan peluang keemasan ini . PMR sekali seumur hidup anda.
d. Dapatkan restu ibubapa dan guru.
e.Datang lebih awal dan pastikan anda bersarapan. Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya.Kelengkapan ini membantu anda fokus sepanjang masa peperiksaan.
f. Tenang dan percayakan diri sendiri. Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
g. Prebiu soalah-soalan terlebih dahulu. Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.
h. Menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
i. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Analisa jawapan dan memberi rasional betul atau salah kepada setiap pilihan jawapan . Potong jawapan yang anda tahu salah dan pilih jawapan anda
j. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis.Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
k. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan .
Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca atau tanda titik perpuluhan.
l. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Fokus pada ketas berikutnya
7. Berdoa dan bertawakal InsaAllah anda akan cemerlang
Jika perlu berlajar lah dalam kumpulan kecil. Yang penting tanamkan azam dan semangat berjaya. Anda memang boleh berjaya …..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
Kepada semua guru-guru dan murid-murid beragama Islam sambutlah hari raya ini dengan rasa kemenangan dan kemeriahan. Ambilah peluang ini menziarahi sanak saudara serta bermaaf-maafan antara kita. Bagi yang non-muslim mari kita meraikan bersama-sama dan jangan lupa berkunjung ke rumah kawan-kawan . Hari raya menyatukan kita dalam semangat 1Malaysia. Bagi calon PMR 09 bergembiralah beraya dan menikmati juadah jangan terlupa persiapan akhir PMR ya. Rancang jadual hari raya ini dan utamakan PMR anda. PMR hanya sekali…..
Akhir sekali Team Gc mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. ….
Merdeka! Merdeka! Merdeka…….!!!
Hayati kemerdekaan negara. Negara kita maruah bangsa kita. Semoga negara kita kekal aman, makmur dan berdaulat sepanjang zaman.
SEJARAH MENJANA 1MALAYSIA!
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pengertian ini bertunjangkan hasrat untuk mencapai status negara maju. Syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Formula 1Malaysia digagaskan daripada dua aspek utama. Aspek pertama ialah penerapan Teras-Teras Perpaduan dan aspek kedua adalah berdasarkan penerapan Nilai-Nilai Aspirasi. Teras-teras perpaduan mencakupi tiga perkara utama iaitu pertama, sikap “penerimaan” antara semua kaum dan rakyat Malaysia; kedua, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan rukun negara; dan ketiga adalah keadilan sosial. Teras-teras perpaduan ini pula didokongi oleh nilai-nilai murni yang perlu menjadi sebahagian dari budaya hidup rakyat Malaysia termasuklah nilai-nilai seperti hormat menghormati, tawadhuk, kesederhanaan dalam tingkah laku dan tutur kata serta kebijaksanaan dalam sebarang keputusan dan tindakan. Aspek kedua formula 1Malaysia pula menekankan elemen-elemen yang perlu menjadi amalan mana-mana masyarakat yang ingin berdaya maju dan berjaya. Elemen-elemen tersebut merangkumi budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab; budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan; keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru; meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan undang-undang dan dasar negara; kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada tanah air tercinta; ketabahan dalam mengharungi sebarang cabaran yang mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi. Pembudayaan nilai-nilai aspirasi ini akan menyerlahkan masyarakat Malaysia yang berwibawa, dihormati dan disegani, bersesuaian dengan identiti sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya.
tahniah.banyak maklumat yang dapat membantu P&P.satu komen-dalam fokus spm 2010 tingkatan 5 bab 5,tajuk di dalamya adalah bab 2.diharap dapat disemak.saya juga ingin mengetahui tidak adakah modul gerak untuk ting 4 seperti tahun lepas? Terima kasih