Bagaimanakah untuk sentiasa bermotivasi?. Jawapannya, santapkanlah minda kita dengan kisah kejayaan dan kegagalan orang-orang terbilang. Ini kerana melalui kesungguhan, jerit perih dan perjuangan mereka inilah kita mampu menyediakan diri kita ke arah kecemerlangan sejati. Sehubugan itu, ANJUNG MOTIVASI akan menitipkan kisah-kisah tokoh terbilang , pakar motivasi dan pakar kaunselor negara kita atau luar bermatlamat memberikan semangat berjuang kepada anda semua demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Apa di tunggu lagi kejayaan di jari anda … bacalah dan beranjaklah demi kebaikan anda!

Sejarah Menjana 1Malaysia,

sohaidiemohdzain@mgcmsejarah

Antara tokoh-tokoh pejuang hidup yang terpilih jerit perih mereka untuk dijadikan iktibar umum ialah:

1. Tan Sri Loh Boon Siew

2. Tan Sri Lim Goh Tong

3.  Tan Sri Syed Mokhtar Shah Al-Bukhary

4.  Harland David “Colonel” Sanders

tan-sri-loh-boon-siewLOH BOON SIEW

Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew 1915-1995 (bahasa Cina: Tulisan Cina Tradisional 駱文秀/Tulisan Cina Ringkas 骆文秀) juga dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda.

Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi (sebagai bahan bakar) untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang dalam sebuah bot kecil dari China. Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien dan hampir tiada pendidikan rasmi. Dia bekerja sebagai pelatih mekhanik kereta (3 ringgit sebulan) ketika baru tiba. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.

Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia II. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai, pengangkutan dan juga (sekali lagi) bas.

Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan harta tanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang.

Honda Cub

Pada tahun 1958, ketika bercuti di metropolitan Jepun, Loh perasan popular meluas motosikal Honda Super Cub. Dia percaya bahawa mesin berkos rendah, amat berkesan akan mendapat pasaran yang meluas dalam kawasan yang semakin maju di Malaysia. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda, pencipta motosikal itu, yang dengan cepat menyedari potensi besar bagi kejayaan subsidiari Honda di Malaysia.

Tidak menghairankan, bilik pameran Honda Malaysia terletak di Jalan Pitt, Pulau Pinang, berhampiran dengan rumah Boon Siew. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew pengedar tunggal motorsikal Honda dinegara ini pada ketika 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia dalam sejarah.

Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motorsikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motorsikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motorsikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bererti motorsikal kecil di Malaysia.

Sumbangan

Dia turut memainkan peranan dalam gabungan singkat antara Kwong Wah Yit Poh dan The Star (Malaysia) pada 1974, dan antara jasa baiknya merupakan penubuhan Hospital Lam Wah Ee dan Rumah Orang Tua Pulau Pinang – (Penang Old Folks Home).

Boon Siew, yang mempunyai dua isteri, Oh Guat Sim dan Ong Lay Wah, meninggal ketika tidur ketika berusia 79 pada 16 Februari 1995. Dia meninggalkan lima anak dan 18 cucu.

Dipetik Daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Loh_Boon_Siew

Lim Goh TongLIM GOH TONG

Lim Goh Tong (bahasa Cina: 林梧桐; pinyin: Lín Wútóng) merupakan seorang usahawan Tionghoa yang terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 hingga dia meninggal dunia, dengan harta sebanyak RM421.60 bilion. Beliau merupakan Pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting.

Kekayaan

Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM421.6bil).pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia.

Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik,pelancongan,pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat.

Lim memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebin 14 juta orang setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia. Beliau juga terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Asia Dan Eropah. Beliau bermula daripada kontraktor kecil.Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

Lim datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 dengan hanya RM175, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Beliau menpunyai idea membina genting semasa di cameron highlands

Anak beliau, Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.

Kematian

Tan Sri Lim Goh Tong, 89, meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 jam 11.20 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua. Beliau meninggalkan balu Puan Sri Lee Kim Hua, dan enam anak mereka bersama 19 cucu.

Seramai 20,000 orang telah menziarahi beliau di kediamannya, Goh Tong Villa, Gohtong Jaya dan telah dikebumikan di Gohtong Memorial Park, Genting Highlands pada 29 Oktober 2007. Tun Mohamed Haniff Omar berkata Taman Tema dan Kasino ditutup pada hari pengkebumian itu bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengahari.

Sumber Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Goh_Tong

bw_p12mokhtarSyed Mokhtar Al Bukhari

Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.

Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.

Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Sumber Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary

colonel.sanders(2)Harland David “Colonel” Sanders

Colonel Sanders – Nama dan wajah pakcik tua ini amat sekali dikenali di seluruh dunia. Patungnya saja boleh didapati duduk tersenyum di kerusi yang terletak di luar Restoran KFC yang berhampiran. Mungkin ramai yang keliru adakah beliau hanya seorang maskot kepada KFC ini sedangkan KFC sendiri juga mempunyai seorang/seekor maskot berbentuk ayam. Sebenarnya beliau adalah pencipta kepada resipi rahsia ayam goreng KFC, gabungan daripada 11 herba dan rempah ratus. Sejarah ringkas mengenai penglibatan beliau dalam KFC boleh dibaca di sini….

Colonel Harland David Sanders, yang lebih dikenali dengan nama Coloner Sanders, adalah pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC). Gambar mukanya boleh didapati di kotak-kotak KFC dan merupakan satu cap dagangan kepada syarikat ini.

Beliau dilahirkan pada 9 September 1890 di Henryville, Indiana (USA). Merupakan anak sulung kepada lima beradik. Bapanya seorang pelombang arang batu meninggal dunia sewaktu beliau berusia 6 tahun. Oleh kerana ibunya bekerja untuk menyara keluarga, dia terpaksa memasak untuk ahli keluarganya yang lain. Semasa remaja, beliau telah melakukan banyak pekerjaan termasuk ahli bomba, pemandu kapal wap, penjual insuran, dan menjadi seorang prebet di Cuba.

Sewaktu berusia 40 tahun, Colonel Sanders menggoreng ayam di kedai makan kecilnya di Corbin, Kentucky. Dia tidak mempunyai restoran pada masa itu. Walaubagaimanapun, popularitinya meningkat dan dia berpindah ke sebuah restoran yang boleh menempatkan seramai 142 orang pelanggan dan bekerja sebagai chef.

Dalam tempoh 9 tahun kemudian, beliau telah memantapkan kaedah menggoreng ayam dengan 11 herba dan rempah rahsianya yang masih digunakan di rangkaian restoran KFC sehingga hari ini.

Pada mulanya, pelanggan terpaksa menunggu sehingga 30 minit untuk menikmati hidangan ayam mereka kerana ayam mereka masih digoreng dengan menggunakan kaedah konvensional. Kemudian, Colonel Sanders telah pergi menghadiri satu demonstrasi alat baru (pada tahun 1930) iaitu ‘pressure cooker’. Dalam demonstrasi itu, sayuran yang dimasak adalah enak dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Ini telah mencurahkan idea kepada Colonel Sanders untuk mencuba alat itu dengan ayam.

Beliau telah membeli sebuah ‘pressure cooker’ dan membuat sedikit pengubahsuaian. Setelah banyak kali melakukan percubaan dengan masa, tekanan dan suhu memasak, beliau berjaya menyediakan ayam yang paling enak dan sedap yang tak pernah beliau sendiri rasakan – sehingga menjilat jari!

Pada tahun 1935, beliau dianugerahkan dengan gelaran ‘Kentucky Colonel’ oleh Gabenor Ruby Laffoon.

Pada awal tahun 50an, Colonel Sanders terpaksa menjual hartanah beliau untuk memberi laluan pembinaan lebuhraya Interstate 75. Ini menamatkan operasi perniagaan beliau dan terpaksa hidup dengan wang sara hidup sebanyak $105.

Berkeyakinan dengan kualiti ayam goreng beliau, Colonel Sanders memulakan francais ayam gorengnya pada tahun 1952. Beliau mengembara ke seluruh negara dengan keretanya dari sebuah restoran ke restoran lain, memasak sedikit ayam goreng untuk pemilik restoran dan para pekerjanya. Sekiranya disukai, beliau melakukan perjanjian dimana beliau akan mendapat bayaran sejumlah satu ‘nickel’ (5 sen Amerika) bagi setiap ayamnya yang dijual di restoran-restoran berkenaan. Bisnes kecilnya bertukar menjadi salah sebuah rangkaian makanan segera terbesar yang boleh didapati sekarang.

Colonel Sanders memindahkan ibu pejabat bisnes barunya ke Shelbyville, Kentucky dan dalam tahun 1964, beliau mempunyai lebih 600 rangkaian restorannya di Amerika dan Kanada. Dalam tahun ini juga beliau telah menjual hak milik beliau kepada sekumpulan pelabur dengan nilai $2 juta. Kemudian beliau bekerja sebagai jurucakap syarikat beliau sepanjang hayat beliau, dimana beliau muncul di dalam iklan televisyen di antara tahun 50an hingga ke tahun 70an.

Colonel Sanders meninggal dunia pada usia 90 tahun pada 16 Disember 1980 kerana menghidap penyakit leukimia, dan dikebumikan dengan pakaian suit putih dengan bow tie popularnya.

Bertahun lamanya, Colonel Sanders membawa resipi rahsia ayam KFC di dalam kepalanya dan campuran rempah ratus di dalam keretanya. Hari ini, resipi rahsia itu disimpan di dalam peti kebal di Louisville, Kentucky. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu akan resipi bernilai jutaan Ringgit ini dan mereka telah pun menandatangani kontrak yang tertentu agar rahsia ini tidak bocor.

Rujukan:
http://www.fiftiesweb.com/
http://search.localcolorart.com/


13 Responses to “ANJUNG MOTIVASI”


  1. 1 arif najmi
    July 22, 2009 at 4:08 am

    “LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY”

    * Umur – 53 tahun
    * Pendidikan – SPM
    * Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
    * Kekayaan -RM1,425 juta
    * Ke 7 terkaya di Malaysia
    * Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
    * Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
    BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
    * Kereta – Proton Perdana
    * Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

    BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

    1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

    2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

    3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

    4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

    5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

    6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

    7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

    8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

    9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

    10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

    11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

    12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

    13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

    14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

    15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

    16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

    17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

    18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

    19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

    20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

    21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

    22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

    23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

    24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

    25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

    26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Allah. Allah beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

    27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

    28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

    29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

    30. ..kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

    31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

    32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

    33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

    34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

    35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

    36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

    37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

    38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

    39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

    40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

    41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

    42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

    43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

    44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

    45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

    46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

    47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

    48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

    49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

  2. July 30, 2009 at 10:07 am

    ermmmm … itu sangat benar sekali … sesungguhnya kita tidak tahun potensi diri kita sehinggalah kita cuba mencapai sesuatu yang di luar jangkauan kita …

  3. 3 Zulhilmy_mono.
    July 31, 2009 at 2:40 am

    sedarlah wahai bangsa ku…
    tgk contoh bngsa sndri..
    ambil yg baek hindar yg buruk..

  4. 4 Amirul Asyraf (SSAS 0509)
    July 31, 2009 at 2:54 am

    saya terpegun apabila membaca artikel ini..
    saya harap saya boleh jadi seperti Tan Sri Syed Mokhtar..
    walaupun saya tidak berminat dalam bidang perniagaan, tapi saya harap saya mempunyai sikap dan cara pemikiran seperti beliau..

    saya akan cuba dan terus mencuba utk mengubah nasib bangsa, agama dan negara..
    saya harap allah akan membantu saya dengan memberi saya kekuatan utk terus maju ke depan tanpa berputus asa..

    dan saya juga berharap orang MELAYU dapat mengubah cara pemikiran terhadap sesama sendiri yang selalu saling mendengki..
    kerana ini menyebabkan bangsa MELAYU sukar untuk maju ke hadapan bersama-sama bangsa yg lain..

    doakan kejayaan saya!
    semoga bangsa MELAYU MAJU KE HADAPAN!

  5. 5 myunan
    August 10, 2009 at 3:12 pm

    Terima kasih kepada saudara yang menghantar artikel ini.
    Bangunlah bangsa ku, teladanilah apa yang telah dilakukan oleh Tan Sri Syed Mokhtar.

    Yang bulat tidak datang bergolek,
    Yang pipih tidak datang melayang.

    Rezeki secupak tak kan jadi segantang
    kalau tidak diusahakan

    Kalau tidak dipecahkan ruyung
    manakan dapat sagunya

  6. 6 aininseriputeri
    August 19, 2009 at 1:01 am

    saya kagum dengan orang seperti tan sri..
    tidak individualistik n sentiasa engt pd org lain..
    jadikanlah kekayaan dan nikmat yg dikecapi sekarang sbg pencetus kebahagiaan sejagat.

  7. 7 atiya/atikah ssp 0509
    August 19, 2009 at 1:34 am

    Terima kasih kerana menyiarkan artikel ini..
    bagi saya artikel ini sangat memberi motivasi dan inspirasi bagi sesiapa yang membacanya.
    Artikel ini membuktikan bahawa semua boleh mencapai cita-cita sekiranya kita mempunyai wawasan dan azam yang tinggi.
    “Hendak seribu daya tak nak seribu dalih”
    jangan jadikan alasan sebagai benteng untuk menghalang kejayaan kita.
    kemewahan yang kita perolehi seharusnya dikongsi bersama-sama terutama bagi orang yang memerlukannya.
    kita seharusnya mencontohi Tan Sri Syed Mokhtar.

  8. 8 aridah abdul rashid
    August 27, 2009 at 1:42 am

    Salam sejahtera anak-anakku,

    Jadikan tokoh-tokoh diatas sebagai motivasi diri untuk terus maju dan berjaya dalam apa juga lapangan yang kamu ceburi selagi tidak melanggar prundangan negara dan syariah agama. Untuk itu belajar dan terus belajar. Usah jemu untuk menimba sebanyak-banyak ilmu pengetahuan demi masa depan diri,keluarga,agama,bangsa dan tanah air tercinta. Hidup perlu diteruskan…….

  9. 9 Hjh Sukmawati Hj Mohd Nor
    September 27, 2009 at 1:33 am

    Syabas dan tahniah di atas artikel ini. Sangat-sangat berguna untuk menyuntik semangat kita.Semoga akan muncul lebih banyak lagi artikel yang seumpamanya.Kadang-kadang kita perlu melihat diri orang lain untuk menjadi cermin kepada diri kita.

  10. 10 FAIZ SAFWAN
    June 3, 2010 at 11:51 pm

    syabas dan tahniah kepada Boon Siew dan Syed Mokhtar kerana telah berjaya memberi saya inspirasi.Yang bulat tidak akan datang bergolek,Yang pipis tidak akan datang melayang.

  11. 11 EIQBAL AHMAD
    June 3, 2010 at 11:57 pm

    JADIKAN TOKOH-TOKOH DI ATS SEBAGAI INSPIRASI DAN PANDUAN KEPADA ANDA UNTUK BERJAYA DI KEMUDIAN HARI.UNTUK ITU BELAJARLAH DENGAN CEMERLANG SUPAYA DAPAT MENJADI ORANG YANG BERGUNA SUATU HARI KELAK…………………………ORANG RAJIN MENCARI JALAN, ORANG MALAS MENCARI ALASAN.KECERMELANGAN DICIPTA OLEH ORANG BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA.PREVENTION IS BETTER THAN CURE.KNOWLEDGE IS POWER….

  12. 12 MOHAMAD SALAHUDDIN
    June 4, 2010 at 12:03 am

    SEJARAH IALAH MATAPELAJARAN YANG SANGAT MENARIK……..SEJARAH MENGAJAR KITA MENJADI LEBIH DEWASA……………….SEJARAH MUNGKIN BERULANG…………….HISTORY IS THE POWER OF DREAM…………………………………….HONDA……………………HIDUP BOON SIEW…………………..

  13. 13 EIQBAL AHMAD
    June 4, 2010 at 12:04 am

    SEJARAH MUNGKIN BERULANG.OLEH ITU DAPAT DISIMPULKAN BAHAWA SEJARAH IALAH SATU BENTUK PELAJARAN YANG MENYEBABKAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: