Team GC sejarah

Team ini dibentuk bagi melebar luas pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guru-guru cemerlang sejarah seluruh Malaysia. Diharapkan blog ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid dan guru-guru dalam menguasai, menghayati dan memartabatkan mata pelajaran sejarah. Team ini terdiri daripada Pn Masariah Mispari ( Anjung SPM ), Pn Mastura ( Anjung SPM ), Encik Ridzuan Hassan (Anjung PMR ), En Loganathan ( Anjung PMR ), Pn Khoo Poh Suan (Anjung Jom Belajar ) dan Encik Muslimin Fadhil ( Anjung P@P ) Pn Rodziah (Anjung Jawab) Encik Sohaidie Mohd Zain ( Anjung Motivasi ) dan selaku Penyelaras Teknikal Blog.

Jangan tunggu lagi, kejayaan di jari anda. Bersama memartabatkan mata pelajaran SEJARAH!

Sejarah Menjana 1Malaysia

Masariah Mispari @mgcmsejarah

personal photo pn masariah Musliminadie

Gambar berikut  adalah antara AJK Perunding matapelajaran Sejarah MGCM.  AJK setiap negeri akan   dilantik agar peranan GC sejarah setiap negeri lebih efektif.

Antara  AJk perunding GC sejarah AJK sedang bebincang

AJK SEDANG MEMBINCANGKAN PELAN TEKTIKAL


38 Responses to “Team GC”


  1. 1 Naserudin
    July 31, 2009 at 12:47 am

    Saya amat berminat dengan Sejarah ini, lebih-lebih lagi setelah menghadiri pemantapan P&P Sejarah di Morib anjuran KPM 27 hingga 29 Julai lalu. kalau diberi ruang saya berminat untuk memberi sumbangan tenaga dan idea dalam blog Sejarah ini agar lebih mantap dan dapat memartabatkan Sejarah di Malaysia. Saya ada serba sedikit dalam ilmu ICT ini. Tahniah kepada team MGCM Sejarah yang mewujudkan blog seumpama ini.

    • 2 sejarahmgcm
      July 31, 2009 at 2:08 pm

      Cikgu Naserudin,
      Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Alhamdulillah , saya harap ramai guru generasi muda
      mempunyai semangat ini untuk membantu membina genarai melalui matapelajaran sejarah.
      Ruang ini dibuka luas untuk cikgu sama-sama membawa aspirasi membentuk modal insan negara.
      Sumbangan cikgu boleh dimasukkan keruangan komen maupun ke email sejarahmgcm@yahoo.com

      Sejarah menjana 1 Malaysia.

      masariahmispari@sejarahmgcm

  2. 3 Naserudin
    July 31, 2009 at 12:55 am

    Tahniah Team GC Sejarah

  3. 4 Salleh
    August 4, 2009 at 2:17 pm

    Tahniah buat team GC Sejarah yang pro aktif untuk menaikkan matapelajaran sejarah.
    Buat team usaha kalian bertepatan dengan konsep 1 malaysia..Kalau boleh saya juga ingin menyumbang bahan dalam blog ni…tapi takut tak layak bersama-sama dengan nama-nama besar dalam subjek sejarah niii.maklumlah saya buadak baru belajar…

  4. 5 rahman selamat
    August 7, 2009 at 4:22 pm

    salam
    terima kasih atas sumbangan web sejarah yang membina
    terima kasih kerana bahan-bahan boleh digunakan oleh semua guru dan murid
    moga kalian terus mencipta sejarah.

  5. August 20, 2009 at 4:33 pm

    Salam mesra..salam sejarah..salam perpaduan

    Menarik sekali very ambicious say begitu teruja..Ingin seklai berkongsi bahan dan perkongsian ilmu.Saya GC Baru ingin melebarkan sayap membantu mengembangkan minda dan mengubah paradigma masyarakat yang tidak suka membaca,,,,,,,,,.

    Salam dari saya..GCPontian-AIN 210672

  6. 7 sejarahmgcm
    August 23, 2009 at 4:25 pm

    salam 1malaysia,
    terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberi komen positif terhadap kewujudan blog ini. insyaAllah kami team gc akan cuba sedaya upaya mempelbagaikan bahan dan konsep buat tatapan semua…. sekiranya pihak tuan/puan ingin berkongsi bahan silalah emelkan kepada kami atau muatkan saja di ruangan komen ini. terima ksih sekali lagi!

  7. 8 Wilbinah SMKTFS
    September 2, 2009 at 3:08 pm

    Hello Team GC Sejarah,
    Bolehkah saya join jadi Team Gc Sejarah untuk mewakili negeri Sabah? Saya berminat dengan aktiviti Koridor Sejarah.Untuk makluman, saya adalah GC Sejarah lantikan tahun 2008. Berapa tahun pengalaman untuk join Team GC Sejarah? Terima kasih.

  8. 9 sejarahmgcm
    September 3, 2009 at 9:26 am

    Hai, Cikgu Wilbinah.
    Terima kasih kerana sudi untuk menjadi team Gc. Kami mengalu-alukan keahlian anda. Tiada syarat tahun pengalaman menjadi team ini. Yang penting melalui cikgu bahan sumbangan samada untuk P@P, PMR, SPM malah kertas kerja maupun kajian tindakan dari Gc Sabah dapat disebar luas dan dikongsikan melalui blog Gc ini. Hantarkan gambar cikgu dan sumbangan daripada Gc Sabah ke sejarahmgcm@yahoo.com untuk kami uploadkan kedalam blog ini. Terima kasih atas kesudian cikgu untuk mewakili Gc Sabah .

  9. 10 Hjh Sukmawati Hj Mohd Nor
    September 23, 2009 at 10:01 am

    Salam Satu Malaysia, Tahniah buat team GC Sejarah.Semoga laman ini akan dapat menyatukan kita sebagai guru-guru sejarah di bumi Malaysia bertuah ini.Saya juga gc Sejarah yang baru setahun jagung bergelar GC.Harap dapat berkongsi banyak ilmu dan idea di sini.
    -Salam dari saya,GC Sejarah Mersing Johor.

  10. 11 Ruslina Sulaiman
    September 26, 2009 at 5:25 am

    Salam 1Malaysia.Tahniah kpd TeamGCM Sejarah esp. Pn. Masariah atas usaha murni mewujudkan laman ini. Saya dapat tahu laman ini pun sahabat baik saya Ridzuan Hassan yang beri email. Moga usaha murni kalian mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya dari Allah SWT. Ilmu yang disebar dan dimanfaatkan oleh anak didik akan menjadi sedekah jariah kita yang berpanjangan. Sebenar saya berminat untuk menyumbang kpd laman ini tapi bimbang pula bahan tak berkualiti almaklum saya bukan GC.mungkin belum rezeki saya untk jd GC.thn lepas nama dah submit oleh bhgn sumber manusia ke JPA tp bertindan dgn time base (back dated 2006) So… saya terlepas peluang untuk GC. Belum rezeki lagi dan ada hikmahnya tak dapat kot?

    Salam Aidilfitri maaf zahir batin.

  11. 12 Irazan
    October 19, 2009 at 1:41 am

    Assalamualaikum..

    Tahniah kepada Cikgu-cikgu yang terlibat dengan projek ini..Di sini saya ingin memohon kebenaran pihak cikgu sekalian untuk menggunakan bahan-bahan yang cikgu siarkan dalam blog ini untuk kegunaan anak murid saya.

    Saya amat menghargai usaha cikgu-cikgu sekalian.

    Terima kasih.
    Cikgu Irazan

  12. 13 izarina
    October 28, 2009 at 1:22 pm

    tq. kerana laman ini banyak membantu saya yang pertama kali mengajar sejarah untuk tahun ini. kalau boleh biarlah nota untuk setiap bab tersebut ada powerpointnya (untuk semua tingkatan).
    anyways tq untuk semua GC yang terlibat.

  13. 14 sue47636
    December 17, 2009 at 6:03 am

    assalamualaikum..kepada guru-guru cemerlang bagi blog nie..disini saya ader satu pertanyaan ..ini hanya untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang pendidikan yang kian mencabar ini.Maklumlah saya akan ditemuduga beberapa hari lagi.Jadi saya mintak jasa baik cikgu untuk menjawab pertanyaan saya ini, soalan pertama 1) apakah kriteria yang sesuai untuk menjadi seorang guru sejarah yang bagus?sekian>

  14. 15 dinatie
    January 14, 2010 at 2:12 pm

    terima kasih atas segala daya usaha sumbangan dan perkongsian pintar

  15. January 29, 2010 at 11:04 am

    Salam Sejarah.. Salam 1 Malaysia…

    Ingin saya bertanya.. Modul Nota Pembelajaran yang tepat di dalam kelas untuk pelajar aras lemah, apakah pendekatan yang sesuai digunakan.. Aras Lemah tetapi di Sekolah Bestari..Masih ingin belajar..,sukakan humor,suka bercerita,tapi sukatan perlu juga dihabiskan dengan cepat pada awal bulan Jun/Julai..

  16. January 29, 2010 at 11:08 am

    Ingin saya memberi perkongsian..tentang kewujudan score.com.. bagaimana dengan pihak MGCM tidakkah terpanggil mengambil pakej 3500 soalan yang terdapat didalamnya..harganya RM 599 2 kad..jika dapat digunapakai di sekolah.. membantu juga..saya gunakan untuk anak saya di peringkat UPSR tapi masih dalam tempoh percubaan. Apa pendapat puan?

  17. 18 hasnizam
    March 2, 2010 at 5:25 am

    boleh tak saya nak soalan spm 2009

    • 19 sejarahmgcm
      March 2, 2010 at 8:46 am

      Assalammualaikum,

      Soalan SPM boleh di dapati dari buku keluaran
      Cerdik Publication yang mendpt hak eksklusif untuk mencetak semula. Soalan SPM tidak boleh dicetak semula dalam blog ini tanpa kebenaran drp LPM. Harap maklum

  18. 20 siti roslina
    March 12, 2010 at 7:31 am

    assalamualaikum team gc…. saya baru menemui halaman ini dan terima kasih diucapkan kpd semua yg terlibat dengan halaman ini. ia banyak membantu saya dalam p&p. saya ingin memohin jasa baik tean gc untuk memberi bahan bagi teknik menjawab sejarah PMR & cara untuk memotivasikan pelajar utk meminati subjek ini. kebanyakan pelajar tidak berminat subjek ini dan menyebabkan ia menjadi subjek killer w/pun sebenarnya ia mudah

  19. 21 SYAHRIAH BTE BESAH
    March 14, 2010 at 5:00 am

    Alhamdulillah terima kasih JazakaAllahu khairan kathira

    segala bahan cikgu di laman web ini saya gunakan untuk latih tubu pelajar saya last minute tahun lepas alhamdulillah berhasil mendapat keputusan yang baik walaupun dengan keadaan last minute.
    tahniah team cikgu-cikgu semoga banyak lagi laman web yang macam ini yang dihasilkan orang-orang yang begitu berpengalaman dan sudi untuk bersama-sama kongsi bahan. Inilah satu perkongsian pintar yang sangat positif bagi era zaman moden ini…. semoga menjadi contoh pada guru generasi baru untuk menambahkan bahan yang produktif dan memberi sumbangan kepada ramai orang.

    semoga Allah jua yang layak membalas jasa kelian

  20. 22 Abd Aziz
    March 16, 2010 at 1:08 am

    Assalamualaikum,

    Tahniah atas usaha memartabatkan Sejarah…Saya ingin bersama-sama membantu, mudah-mudahan team
    ini bertambah kuat dan terus kreatif agar semakin ramai yang membuka mata dan terasa akan keberadaan kita…SEJARAH MENCIPTA SEJARAH.

  21. 23 nor laila mamat
    April 2, 2010 at 3:17 pm

    tahniah! saya rasa kurang ilmu utk berkongsi tetapi saya nak bersama-sama team ni utk martabat mata pelajaran sejarah di sekolah yang saya ajar! sampai satu masa nanti agar subjek sejarah merupakan subjek yang diminati!

  22. 24 nor laila mamat
    April 2, 2010 at 3:22 pm

    Assalamualaikum, tahniah! saya rasa kurang ilmu utk berkongsi tetapi saya nak bersama-sama team ni utk martabat mata pelajaran sejarah di sekolah yang saya ajar! sampai satu masa nanti agar subjek sejarah merupakan subjek yang diminati! terima kasih!

  23. 25 wanie ramli
    April 6, 2010 at 11:11 am

    tima kasih puan, kami team kursus pemantapan sejarah MRSM bangga ngan puan kerana kami yang merupakan guru baru memperolehi ilmu yang banyak..seronok puan mmg best..

  24. 26 syahriah mrsm
    April 9, 2010 at 6:57 am

    Assalamualaikum

    Kini saya baru sedar bahawa kerja yang sistematik akan menyebabkan kerja sikit tapi berkesan terima kasih puan masariah menjadi inspirasi saya bagaimana yang dikatakan bekerja yang sebenarnya.

    semoga bahan saya tu boleh dikongsi oleh semua guru-guru sejarah di seluruh Malaysia dan pelajar meminati sejarah kerana mereka akan mencipta sejarah malaysia yang lebih gemilang.

  25. 27 dyg naralam, sarawak
    April 17, 2010 at 6:13 am

    saya bangga dengan komitmen yg telah diberi oleh pihak GC di Semenanjung,….jika boleh dipanjangkan usaha itu di Sarawak ni lagilah bagus….Sebagai GC di Swk ni saya telah melihat perkembangan dan usaha yg dilakukan oleh para GC di Semenanjung dan jika boleh hendaknya sudi dtg ke Swk ni untuk berkongsi ilmu dan idea….Dan saya ada maklumkan hal ini kepada pihak yang berkenaan….

    • 28 sejarahmgcm
      April 17, 2010 at 2:14 pm

      Salam, Terima kasih, atas sokongan Dayang, berkongsilah bersama kami untuk anak bangsa kita. Jika ada bahan untuk dikongsikan hantar kepada email kami. Kami juga sedia membantu di mana perlu

  26. 29 hafif
    June 22, 2010 at 1:39 pm

    Pertama sekali tahniah atas kewujudan laman web ini. Izinkan saya mengambil bahan dari web ini untuk memantapkan P&P saya. Web ini banyak membantu saya dalam mempelbagaikan P&P. Mengajar sejarah bukannya mudah terutama kepada murid luar bandar apatah lagi murid cina dan india yang begitu lemah penguasaan BMnya. Walaupun pelbagai kaedah dan cara yang digunakan namun masih gagal menarik minat murid mendekati sejarah sekaligus menjejaskan prestasi pmr sejarah. Mungkin ada team GC ini yang banyak pengalaman mengajar murid lemah dan perkara itu boleh dikongsi di laman web ini. Terima kasih!

  27. 30 ira
    July 8, 2010 at 7:59 am

    tahniah..dan terima kasih kepada gc sejarah..saya baru sangat mengajar..masih kurang pengalaman..dengan adanya blog ini banyak membantu saya dari segi bahannya dan idea untuk mengajar..disini saya memohon izin untuk mendownload bahan untuk anak murid saya..

  28. September 19, 2010 at 2:38 pm

    terima kasih kpd geng gc sejarah.. sy amat baru dlm bidang terjun ni.. sy harapkn bantuan drpd team gc sejarah utk mbantu kami gur-guru muda yg bkn opsyen..

  29. 32 che mat takiyudin
    May 24, 2011 at 6:28 am

    Assalamualaikum. saya salah seorang guru sejarah. saya terpanggil untuk turut sama berkongsi pengalaman sedikit saya. saya bersyukur dan banyak-banyak terima kasih kepada team gc sejarah kerana mengadakan laman ini. banyak yang saya perolehi. luangkan masa melayari laman ini bagi guru-guru baru.

  30. 33 aliffuddin
    June 3, 2011 at 7:51 am

    asslmualaikm….sy amt bermint dgn subject sejrh dan target sy untk spm2011 adlh A+.sy ingin melihat kertas soalan spm tahun 2010,tolong send ke email sy blh x??

  31. 34 dyg naralam, sarawak
    June 18, 2011 at 3:14 am

    Assalamualaikum…..Pn Masariah, mcm mana nak jemput Puan utk dtg ke Kuching Swk, ceramah kepada GC sejarah dan guru-guru sejarah yang lain. Sepatutnya saya nak buat program ini Jun, tapi terpaksa ditunda kerana ada kursus GC seminggu. Jadi, boleh tidak puan maklumkan tarikh yang Puan boleh datang ke Sarawak dan prosedur2 yang perlu saya ambil. Harap mendapat kerjasama daripada Puan. T.kasih

  32. 35 nadzilah Ismail
    August 11, 2011 at 12:34 pm

    Saya terhutang budi dengan website cikgu. Saya gunakan slaid cikgu dlm menyiapkan tugasan kerja kursus projek saya. Terima kasih kerana info cikgu ttg sejarah membuka minda saya semula.

  33. 36 muhammad afifuddin
    March 8, 2012 at 3:47 pm

    assalamualaikum cikgu masariah n pn khoo..alhamdulillah..td baru perasan ada nama cikgu2 kt dlm website ni…sy ni bekas pelajar cikgu batch 9903..tak tau la cikgu masih ingat ke x..alhamdulillah berkat atas didikan cikgu spm sy masa tu sejarah dpt A…ingat lg cara pengajaran cikgu..smpai skrg sy ada juga praktik cara cucuk2..terikut2..haha..owh ya…terlupa beritahu..sy skang pun insyaALLAH seorang pendidik di sek men d sabah..actually sy bukan mngjr sej..ni cari bahan2 utk bantu pelajar kelas sy..papepun terima kasih ye cikgu atas bahan2 ini..sy cilok ye..hehe..kalau cikgu ada tips ataupun bahan2 dr cikgu SAS yg lain..sy sgt alu2kan utk membantu pelajar sekolah sy skang ni yg rata2nya kurg cemerlang =)

    • 37 sejarahmgcm
      July 22, 2012 at 5:49 am

      Wasalam
      Affuddin, selamat datang ke kerjaya guru yang mencabar. Indahnya kita lah yang membina generasi masa depan.


Leave a reply to sejarahmgcm Cancel reply